Rabu, 23 Februari 2011

9 Pemubaziran Yang Sering Dilakukan Manusia

Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada 9 pemubaziran yang sering dilakukan manusia yaitu :

1.  Ilmu pengetahuan
Mubazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.

2.  Amalan
Mubazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.

3.  Kekayaan
Mubazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak di Ridhoi Allah.

4.  Hati
Mubazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.

5.  Tubuh badan
Mubazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

6.  Cinta
Mubazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

7.  Masa
Mubazir jika tidak diurus sebaiknya.

8.  Akal
Mubazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

9.  Zikir
Mubazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Sumber : http://virouz007.wordpress.com/2010/05/31/9-pemubaziran-yang-sering-dilakukan-manusia/


Siapa kah yang rugi, siapa yang untung ?

1.  Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang paling sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

2.  Siapakah orang yang manis senyuman nya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata “Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.” Lalu sambil berkata, “Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini”, sambil mengukir senyuman. 

3.  Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

4.  Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada dan senantiasa menumpuk-numpukkan harta.

5.  Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

6.  Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

7.  Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan sejauh mata memandang.

8.  Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

9.  Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak karena telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Sumber : http://virouz007.wordpress.com/2010/05/31/siapa-kah-yang-rugi-siapa-yang-untung/


Wallahu a’lam bish-shawabi... (hanya Allah yang Mahatahu Kebenarannya)

Semoga Allah s.w.t memberi kekuatan untuk kita amalkan.
Wassalam...
Semoga Bermanfaat
Silahkan SHARE ke rekan anda jika menurut anda notes ini bermanfaat...

Lampirkan sumbernya ya... Syukron

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar