Minggu, 06 Maret 2011

Siapa Imam Mahdi itu ?

Dalam ajaran Islam, Imam Mahdi (b. Arab: المهدي al-Mahdī) ialah seorang Muslim berusia muda yang akan dipilih oleh Allah S.W.T. untuk menghancurkan semua kezaliman dan menegakkan keadilan di muka bumi sebelum datangnya hari kiamat.

Hal ini diterangkan sangat jelas dalam sebuah hadis nabi yang di riwayatkan oleh Thabrani.
Telah bersabda Rasulullah s.a.w,
“Sungguh, bumi ini akan dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan. Dan apabila kezaliman serta kesemena-menaan itu telah penuh, maka Allah s.w.t. akan mengutus seorang laki-laki yang berasal dari umatku, namanya seperti namaku, dan nama bapaknya seperti nama bapaku (Muhammad bin Abdullah). Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi sebelum itu oleh kezhaliman dan kesemena-menaan. Di waktu itu langit tidak akan menahan setitis pun dari titisan airnya, dan bumi pun tidak akan menahan sedikit pun dari tanaman-tanamannya. Maka ia akan hidup bersama kamu selama 7 tahun, atau 8 tahun, atau 9 tahun.” (HR. Thabrani)

Hadis lain yang menerangkan tentang kedatangan Imam Mahdi adalah sbb:
Telah bersabda Rasulullah s.a.w,
“Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya. Dan ia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.” (HR. Muslim dan Ahmad)

Kefahaman terhadap Imam Mahdi dalam Islam berbeda mengikut aliran Ahli Sunah Waljamaah dan Syiah.

Nama Imam Mahdi
Imam Mahdi sebenarnya adalah sebuah “nama gelaran” sebagaimana halnya dengan gelar khalifah, amirul mukminin dan sebagainya.

Imam Mahdi dapat diertikan secara bebas bermakna “Pemimpin yang telah diberi petunjuk” Dalam bahasa Arab kata Imam = pemimpin, ataupun Mahdi = orang yang mendapat petunjuk.
Nama Imam Mahdi sebenarnya seperti yang disebutkan dalam hadis di atas, ia bernama Muhammad (seperti nama Nabi Muhammad S.A.W, nama bapanya pun sama seperti nama bapa RASULULLAH S.A.W, iaitu Abdullah. Nama Imam Mahdi sama dengan RASULULLAH S.A.W. iaitu Muhammad bin Abdullah.

Ciri-ciri Imam Mahdi
Tidak ada seorang pun di muka bumi ini yang mengetahui tentang Imam Mahdi dan ciri-cirinya, kecuali Rasulullah s.a.w. kerana Rasulullah dibimbing oleh wahyu. Oleh sebab itu bagi kita sebaik-baiknya tempat untuk merujuk tentang perkara ini adalah apa yang baginda Rasulullah katakan dalam hadis-hadisnya sbb:
Telah bersabda Rasulullah s.a.w,
“Al-Mahdi berasal dari umatku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung. Ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dan ia (umur kekhalifahan) berumur tujuh tahun.” (HR. Abu Dawud dan al-Hakim)

Telah bersabda Rasulullah s.a.w,
“Al-Mahdi berasal dari umatku, dari keturunan anak cucuku.” (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, dan al-Hakim)

Kemunculan Imam Mahdi
Kemunculan Imam Mahdi bukan kerana kemahuan Imam Mahdi itu sendiri melainkan kerana takdir Allah yang pasti berlaku. Bahkan Imam Mahdi sendiri tidak menyedari bahawa dirinya adalah Imam Mahdi melainkan setelah Allah s.w.t. meng islahkannya dalam suatu malam, seperti yang dikatakan dalam sebuah hadis berikut :
Telah bersabda Rasulullah s.a.w,
“Al-Mahdi berasal dari umatku, yang akan diislahkan oleh Allah dalam satu malam.” (HR. Ahmad dan Ibnu Majah).

Kemunculan Imam Mahdi akan di dahului oleh beberapa tanda-tanda sebagaimana yang disebutkan dalam beberapa hadis berikut :
Aisyah Ummul Mukminin RA telah berkata,
“Pada suatu hari tubuh Rasulullah s.a.w. bergetar dalam tidurnya. Lalu kami bertanya, ‘Mengapa engkau melakukan sesuatu yang belum pernah engkau lakukan wahai Rasulullah?’ Rasulullah s.a.w. menjawab, ‘Akan terjadi suatu keanehan, iaitu bahwa sekelompok orang dari umatku akan berangkat menuju baitullah (Kaabah) untuk memburu seorang laki-laki Quraisy yang pergi mengungsi ke Kaabah. Sehingga apabila orang-orang tersebut telah sampai ke padang pasir, maka mereka ditelan bumi.’ Kemudian kami bertanya, ‘Bukankah di jalan padang pasir itu terdapat bermacam-macam orang?’ Beliau menjawab, ‘Benar, di antara mereka yang ditelan bumi tersebut ada yang sengaja pergi untuk berperang, dan ada pula yang dipaksa untuk berperang, serta ada pula orang yang sedang berada dalam suatu perjalanan, akan tetapi mereka binasa dalam satu waktu dan tempat yang sama. Sedangkan mereka berasal dari arah (niat) yang berbeda-beda. Kemudian Allah s.w.t. akan membangkitkan mereka pada hari berbangkit, menurut niat mereka masing-masing.’” (HR. Bukhary, Muslim)

Telah bersabda Rasulullah s.a.w,
“Seorang laki-laki akan datang ke Baitullah (Kaabah), maka diutuslah suatu utusan (oleh penguasa) untuk mengejarnya. Dan ketika mereka telah sampai di suatu gurun pasir, maka mereka terbenam ditelan bumi.” (HR. Muslim)

Telah bersabda Rasulullah s.a.w,
“Suatu kaum yang mempunyai jumlah dan kekuatan yang tidak berarti akan kembali ke Baitullah. Lalu diutuslah (oleh penguasa) sekelompok tentara untuk mengejar mereka, sehingga apabila mereka telah sampai pada suatu padang pasir, maka mereka ditelan bumi.” (HR. Muslim)

Telah bersabda Rasullah s.a.w,
“Sungguh, Baitullah ini akan diserang oleh suatu pasukan, sehingga apabila pasukan tersebut telah sampai pada sebuah padang pasir, maka bagian tengah pasukan itu ditelan bumi. Maka berteriaklah pasukan bagian depan kepada pasukan bagian belakang, dimana kemudian semua mereka ditenggelamkan bumi dan tidak ada yang tersisa, kecuali seseorang yang selamat, yang akan mengabarkan tentang kejadian yang menimpa mereka.” (HR. Muslim, Ahmad, Nasai, dan Ibnu Majah)

Telah bersabda Rasulullah s.a.w,
“Akan dibaiat seorang laki-laki antara maqam Ibrahim dengan sudut Kaabah.” (HR. Ahmad, Abu Dawud)

Telah bersabda Rasulullah s.a.w,
“Suatu pasukan dari umatku akan datang dari arah negeri Syam ke Baitullah (Kaabah) untuk mengejar seorang laki-laki yang akan dijaga Allah dari mereka.” (HR. Ahmad)

Kepemimpinan Imam Mahdi
Dalam hadis yang disebutkan di atas Imam Mahdi akan memimpin selama 7 atau 8 atau 9 tahun. Semasa kepemimpinannya Imam Mahdi akan membawa kaum muslimin untuk memerangi kezaliman, hinga satu demi satu kedzaliman akan tumbang takluk dibawah kekuasaanya.

Kemenangan demi kemenangan yang diraih Imam Mahdi dan pasukannya akan membuat murka raja kezaliman (Dajal) sehingga membuat Dajal keluar dari persembunyiannya dan berusaha membunuh Imam Mahdi serta pengikutnya.
Kekuasaan dan kehebatan Dajal bukanlah lawan tanding Imam Mahdi oleh karena itu sesuai dengan takdir Allah, maka Allah swt akan menurunkan Nabi Isa dari langit yang bertugas membunuh Dajal.

Imam Mahdi dan Nabi Isa akan bersama-sama memerangi Dajal dan pengikutnya, hingga Dajal mati ditombak oleh Nabi Isa di pintu Lod dalam kompleks al-Aqsa.



IMAM MAHDI & AKHIR ZAMAN …
APAKAH ITU AKHIR ZAMAN? :
Maka apabila disebut saja nama Imam Mahdi, maka ianya dikaitkan dengan kebangkitan semula Islam di Akhir Zaman. Apakah itu Akhir Zaman? Kapankah bermulanya itu Akhir Zaman? Apakah yg dimaksodkan dgn Akhir Zaman itu dunia Alam Semesta ini akan mengalami kehancuran? Ato lazimnya disebut Kiamatul Kubra, dimana planet bumi dgn segala isi-isinya akan hancur musnah? Apakah Akhir Zaman itu seperti yg dimaksodkan oleh Kaum Mayan End Time, dimana dlm kalender astronomi mereka bahawa tanggal 21/12/2012 @11:11 itu dunia akan kiamat? Wallahu’alam… Maka terpulanglah pada kefahaman dan pendirian masing-masing.
APAKAH ITU FITNAH AKHIR ZAMAN? :
Dan lagi apabila disebut saja Akhir Zaman ianya dikaitkan pula dgn keadaan bagaikan Ummat Islam itu telah tenat diperdayakan dari sudut akidahnya telah tersesat jalan. Ato dari sudut fizikalnya Ummat Islam itu sentiasa ditindas dan diperdaya dgn kejam oleh musuh-musuh Islam? Sebenarnya apakah pula itu yg dimaksodkan dgn Fitnah Akhir Zaman? Kapankah bermulanya itu Fitnah Akhir Zaman dan siapakah dalang pertama ato Dajjal-Dajal yg menjalankan konspirasi tersebut? Siapakah itu Dajjal dan dari manakah pula bermulanya itu Dajjal? Wallahu’alam…. Maka jawapannya juga terpulanglah pada fahaman dan kajian masing-masing.
SIAPAKAH IMAM MAHDI? & KEMUNCULAN IMAM MAHDI :
Maka apabila telah sampai janji Allah dan masanya akan muncullah itu Imam Mahdi, maka bayangan kebangkitan itu Imam Mahdi seperti Sabdanya : 
“Sekiranya dunia ini akan hancur akan tetapi ada tinggal sehari lagi, maka Allah akan bangkitkan seorang dari keluarga-ku yg akan memenuhi dunia ini dgn keadilan sebagaimana dunia ini dipenuhi sebelumnya dgn kezaliman”. (Riwayat Abu Daud).

Maka yg dimaksodkan itu, itulah orangnya yg dinanti-nantikan oleh setiap Ummat Islam yg beriman dgn Rasul SAW dan dgn Allah Yg Maha Mentadbir. Yg dimaksodkan Hadis tersebut, bahawa Imam Mahdi sebagai Penyelamat Ummat Islam itu pastinya akan zahir, yakni dimunculkan keberadaannya itu dikhalayak ramai. Kapankah detik dan waktunya munculnya itu Imam Mahdi? Wallahu’alam… Masa zahirnya tertakluk kepada sebab-sebab dan masa-masa tertentu, yg hanya Allah sahaja Yg Maha Mengetahui.

DARI NASAB SIAPAKAH ITU IMAM MAHDI? :
Nabi Muhammad SAW ada bersabda : “Akan bangkit dari Sulbi-ku ini keturunan-ku dari Timur yg akan membawa keadilan….” Kalo dari sulbinya Nabi SAW makanya pastinya Imam Mahdi itu bermulanya titik jalurnya adalah terus dari Nasab Zuriat Nabi SAW itu sendiri. Sedangkan yg diketahui Nabi SAW itu tiada lagi anak lelaki sebagai menyambung zuriat warisan, kerana anak-anak lelakinya diriwayatkan semuanya telah wafat sewaktu kecilnya. Cumaan yg ada sebagai penyambung warisan itulah hanya dua orang cucuandanya tercinta, yakni Sayyidina Hassan dan Sayyidina Hussin. Difahamkan lahirnya mereka itu adalah hasil dari pernikahan Sayyidina Ali dgn Siti Fatimah Az Zahrah.
DIANTARA SAYYIDINA HASSAN & SAYYIDINA HUSSIN :
Maka titik mula jalur lahirnya itu Imam Mahdi, misterinya tersirat diantara Sayyidina Hassan dan Sayyidina Hussin. Yg seorang adalah “Jantung Nyawanya”, yg seorang lagi itu intan payungnya. Yg satu itu Insan Biasa, yg satu lagi itu “Insan Mistri”. Dinamakan Dia itu Insan Mistri kerana keberadaannya itu bermula dari Ada menjadi Tiada. Dgn Mukjizat Paduka Ayahanadanya itu dia dari Tiada menjadi Ada. Maka dari Ada itu hingga terbitnya itu Imam Mahdi, yg dighaibkan dlm Mistrinya Alam. Namun Dia bukan Insan Ghaib seperti fahaman Puak Syiah dan Al-Arqam itu. Dia ada sosok jasad badan ragawinya, seperti juga leluhurnya itu, yakni Nabi Muhammad SAW ada jasad ragawinya. Jika tiada berjasad mana mungkin beliau bisa bertugas. Cumaan “He Is The Guided Man”, hanya mereka yg diizinkan Allah sahaja yg bisa mengenalinya dan ketemu dengannya. Dan lagi Sabdanya : “Barangsiapa diketahuinya dimana beradanya itu Imam Mahdi, maka besegeralah kamu berbaiah dengannya, walo pun kamu utk ketemu dengannya terpaksa merangkak didalam salji….”
IMAM MAHDI INSAN MISTRI :
Maka Mistrinya itu Imam Mahdi terlalu rumit. Begitu juga Hadis-Hadis mengenai keberadaannya itu terlalu banyak hingga mengelirukan, hingga ada pihak yg mengambil kesempatan mengaku dirinya sendiri itulah Imam Mahdi, ato orang kanan kepada Imam Mahdi, dan berbagai lagi. Kita hanya didedahkan kepada sejarahnya yg tersurat. Sedangkan sejarahnya yg tersirat hanya diketahui lagi dirahsiakan dan tersimpan oleh Nasab Ahlul Bait pilihan. Maka terpulanglah kepada semua meyakininya dan mencari akan kebenarannya.
AHLUL BAIT PENERAJU AKHIR ZAMAN:
Maka dithread ini hanya sedikit info dari Ahlul Bait Warisan Wali 7, yg mampu kami sampaikan, sekadar dibuat renungan. Lebeh detail lagi kami masih jahil, nggak mengerti, masih lagi mencari kebenarannya. Yg pastinya Ahlul Bait akan menerajui Akhir Zaman. Nasab-Nasab Ahlul Bait yg ramai itu telah berkembang diserata pelusuk dunia. Maka Ahlul Bait dari Puak manakah yg akan dinobatkan sebagai Peneraju Akhir Zaman itu..?? Jawapannya….????
Sumber : http://jalanakhirat.wordpress.com/2010/06/02/siapa-imam-mahdi-itu-2/


Wallahu a’lam bish-shawabi... (hanya Allah yang Mahatahu Kebenarannya)
Catatan ini kami tujukan untuk kami pada khususnya
dan untuk semua pembaca pada umumnya...
Jika terjadi kesalahan dan kekurangan disana-sini dalam catatan ini...
Itu hanyalah dari kami...
dan kepada Allah SWT., kami mohon ampunan...

Semoga Allah SWT. memberi kekuatan untuk kita amalkan... Amin
Wassalam...

Semoga Bermanfaat...
Silahkan COPY atau SHARE ke rekan anda jika menurut Anda note ini bermanfaat...

Lampirkan sumbernya ya... Syukron

Tidak ada komentar:

Posting Komentar